- Aspek-aspek yang dinilai:
1.1.1 Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang pelajar dalam setiap jenis aktiviti yang disertainya adalah berdasarkan kepada 4 aspek yang berikut:
- Kehadiran
- Pencapaian
- Penglibatan
- Jawatan disandang
1.1.2 Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti berikut:
ASPEK PENILAIAN | % MARKAH |
Kehadiran | 50 |
Pencapaian | 20 |
Penglibatan | 20 |
Jawatan disandang | 10 |
JUMLAH | 100 |
- Markah Aspek Kehadiran ialah markah yang tinggi (50%). Ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan dalam setahun; dengan mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa 3 jam. Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika pelajar sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah. Perkiraan markah kehadiran adalah seperti berikut:
Markah kehadiran =
Jika jumlah kehadiran pelajar = a
Jumlah perjumpaan setahun = b
Ketidakhadiran diluluskan = c
(cuti sakit,wakil sekolah dll)
Markah kehadiran = a
———- x 50
b – c
1.1.4 Markah Aspek Pencapaian ialah 20%. Markah ini merupakan pencapaian pelajar dalam pertandingan di peringkat Sekolah / Zon / Daerah / Negeri / Kebangsaan dan Antarabangsa. Pencapaian yang dinilai hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga. Dalam aspek pencapaian markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama. Markah-markah pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut:
PERINGKAT
PERTANDINGAN |
MARKAH | ||
JOHAN | N.JOHAN | KETIGA | |
Sekolah | 8 | 7 | 6 |
Zon/Daerah/Bahagian | 11 | 10 | 9 |
Negeri | 14 | 13 | 12 |
Kebangsaan | 17 | 16 | 15 |
Antarabangsa | 20 | 19 | 18 |
1.1.5
Markah Aspek Penglibatan ialah 20%. Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka di dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai.
Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah sama. Markah-markah yang dicadangkan adalah seperti berikut:
MARKAH PENGLIBATAN | MARKAH |
Sekolah | 8 |
Zon / Daerah / Bahagian | 11 |
Negeri | 14 |
Kebangsaan | 17 |
Antarabangsa | 20 |
- Markah Aspek Jawatan Disandang ialah 10% dan diberikan kepada individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan kokurikulum. Sungguhpun begitu ahli-ahli biasa dan jawatan-jawatan yang lain juga diperuntukan markah mengikut jenis jawatan yang disandang. Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut:
Pasukan Badan Beruniform
JAWATAN | MARKAH |
Pengakap DiRaja / Pandu Puteri Raja / Sub-Inspektor / Drum Mejar / Pengerusi / Naib Pengerusi / dan jawatan-jawatan / pangkat-pangkat lain yang difikirkan sama taraf | 10 |
PWII / Staf Sarjan / Sarjan Mejar / Ketua Rtup / Setiausaha / dan jawatan-jawatan / pangkat-pangkat lain yang difikirkan sama taraf | 8 |
Sarjan / Penolong Trup / PP Kelas I / Ketua Platun / pangkat-pangkat lain yang difikirkan sama taraf | 7 |
Koperal / Lans Koperal / Ketua Patrol / Penolong Ketua Patrol / Ahli Jawatankuasa / dan jawatan-jawatan / pangkat-pangkat yang difikirkan sama taraf | 5 |
Pra-persetiaan / ahli Aktif | 4 |
Ahli Biasa | 1 |
Persatuan / Kelab / Sukan / Permainan
JAWATAN
|
MARKAH |
Pengerusi / Presiden / Kapten Pasukan / Ketua Pasukan Sukan / Permainan / Ketua Rumah | 10 |
Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi | 8 |
Setiausaha / Bendahari | 7 |
Pen.Setiausaha / Pen. Bendahari | 6 |
Ahli Jawatankuasa | 5 |
Ahli Aktif | 4 |
Ahli Biasa | 1 |
1.1.7 Setiap pemberian markah dalam aspek-aspek yang dinilai adalah berdasarkan markah tertinggi yang layak diperolehi oleh seorang pelajar. Umpamanya jika seorang pelajar pernah mewakili daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian yang diambil kira hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa (20 markah).
- KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI
2.1 Setiap pelajar sekolah menengah / rendah tahap II diwajibkan menganggotai pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab serta kelab sukan dan permainan. Dalam hal ini setiap pelajar memilih salah satu aktiviti yang terdapat dalam setiap kegiatan kokurikulum tersebut. Ini bermakna penilaian kegiatan adalah berdasarkan:
- Aktiviti pasukan pakaian seragam seperti Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, Pengakap, Seni Bela Diri dan sebagainya.
- Aktiviti Persatuan/kelab seperti Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Pencinta Alam, Kelab Seni Lukis dan sebagainya.
- Aktiviti Kelab Sukan dan Permainan seperti kelab Olahraga, Kelab Renang, Kelab Memanah dan sebagainya.
2.2 Setiap jenis aktiviti yang dianggotai oleh pelajar akan dinilai berdasarkan aspek-aspek yang telah dinyatakan dalam 4.1.1 dan agihan markah setiap jenis aktiviti adalah sama seperti yang dinyatakan dalam 4.1.2. Sebagai contoh berikut adalah markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi oleh Pelajar X.
- Kegiatan Pasukan Pakaian Seragam
Jenis Aktiviti: Pengakap
Aspek Penilaian | Prestasi | Markah |
a) Kehadiran | Penuh (18 / 18 ) | 50 |
b) Pencapaian | Johan Kawad Kaki Peringkat Negeri | 10 |
c) Penglibatan | Menghadiri jambori Pengakap Kebangsaan | 15 |
d)Jawatan disandang | Ahli Aktif | 4 |
JUMLAH | 79 |
- Kegiatan Persatuan / Kelab
Jenis Aktiviti: Persatuan bahasa Melayu
Aspek Penilaian | Prestasi | Markah |
a) Kehadiran | 10 / 12 | 42 |
b) Pencapaian | Naib Johan Pertandingan Bahas Antara Kelas | 7 |
c) Penglibatan | Menyertai Seminar Penulisan Sajak Peringkat Kebangsaan | 14 |
d) Jawatan | AJK Persatuan Sejarah | 5 |
JUMLAH | 68 |
iii. Kegiatan Kelab Sukan dan Permainan
Jenis Aktiviti: Kelab Sukan Bola Sepak
Aspek Penilaian | Prestasi | Markah |
a) Kehadiran | Penuh (12 / 12 ) | 50 |
b) Pencapaian | Naib Johan Timang Bola Piala Nike Peringkat Kebangsaan | 16 |
c) Penglibatan | Mewakili Negeri Dalam Pertandingan MSSM | 14 |
d) Jawatan | AJK Kelab Bola Sepak B 18 | 5 |
JUMLAH | 85 |
2.3 Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum
2.3.1 Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti berikut:
GRED | MARKAH |
A | Antara 80% hingga 100% |
B | Antara 60% hingga 79% |
C | Antara 40% hingga 59% |
D | Antara 20% hingga 39% |
E | 19% ke bawah |
2.3.2 Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi Pelajar X, gred yang diperolehi bagi setiap kegiatan kokurikulum adalah seperti berikut:
Kegiatan | Markah Yang Diperolehi | Gred |
Pasukan Pakaian Seragam | 79 | B |
Persatuan / Kelab | 68 | B |
Kelab Sukan dan Permainan | 85 | A |
- MARKAH BONUS
3.1 Markah Bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh pelajar dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Perjawatan tersebut merangkumi:
- a) Perjawatan Peringkat Sekolah seperti pengawas, pengawas perpustakaan, Imam dan sebagainya.
- b) Perjawatan Peringkat Rumah Sukan seperti Ketua Rumah, Ketua Bilik Asrama dan sebagainya.
- c) Perjawatan Peringkat Kelas seperti Ketua Kelas/Darjah dan sebagainya.
3.2 Bagi setiap jawatan tersebut markah bonus diberikan sebagai pengiktirafan kepada pelajar di atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Bil | Jawatan | Markah Bonus |
1 | Ketua Pelajar I / Ketua Pelajar II | 10 |
2 | Timbalan / Penolong Ketua Pelajar | 8 |
3 | Ketua/Pengerusi badan-badan perkhidmatan atau pengurusan utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah-perpustakaan, surau,kebajikan murid (PRS) dan asrama.cth. Pengawas / Imam / Bilal | 7 |
4 | Ahli badan-badan perkhidmatan atau pengurusan utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah – Pengawas Perpustakaan dan PRS | 6 |
5 | Ketua / pengerusi badan-badan perkhidmatan atau pengurusan sokongan – asrama, makanan dll. | 5 |
6 | Ahli jawatankuasa termasuk Penolong Ketua/ Pengerusi / Setiausaha / Bendahari bagi badan-badan dalam perkara ( 3 dan 5 ),ahli-ahli PRS dan SLAD. | 3 |
7 | Ketua Bilik / Asrama / Kelas | 2 |
8 | Penolong Ketua Bilik / Asrama / Kelas | 1 |
3.3 Setiap pelajar hanya layak menerima markah bonus untuk jawatan yang paling tertinggi yang disandang pada setiap tahun.
3.4 Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan tatatertib atau kes disiplin, maka markah bonus ini tidak layak dimasuk kira.
- ANUGERAH KHAS
Anugerah khas diberi sebagai pengiktirafan kepada murid / pelajar di atas pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang diusahakan sendiri. Markah anugerah khas ini ditetapkan seperti berikut :
Bil | Jawatan | Markah Bonus |
1 |
Anugerah Remaja Perdana | |
Emas | 10 | |
Perak | 7 | |
Gangsa | 5 | |
2 | Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas Jaya Kebangsaan | 10 |
3 | Pencapaian aktiviti kokurikulum di luar negara atas pembiayaan sendiri | |
Johan | 5 | |
Naib Johan | 3 | |
Ketiga | 2 | |
4 | NILAM | 5 |
5 | Lain –lain anugerah yang setara | 5 |
4.1 Setiap murid hanya layak menerima markah bonus untuk jawatan yang paling tertinggi yang disandang pada setiap tahun.
4.2 Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab – sebab tindakan tatatertib atau kes disiplin maka markah bonus ini tidak layak diambil kira.
- GRED KESELURUHAN
5.1 Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seorang pelajar dalam dua dari tiga jenis kegiatan kokurikulum yang dianggotainya berserta markah bonus. Dua bidang kegiatan dipilih bergantung kepada prestasi markah yang diperolehi iaitu dua bidang yang menunjukkan prestasi tertinggi.
5.2 Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah kedua-dua kegiatan kokurikulum yang diperolehi dan mendapatkan purata bagi kedua-dua markah tersebut. Kemudian nilai tersebut dicampurkan dengan markah bonus yang diperolehi. Hasil tambah tersebut dipadankan dengan nilai gred sebagaimana yang terdapat pada 7.3.1.
5.3 Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi Pelajar X perkiraan gred keseluruhan adalah seperti berikut:
Jumlah markah Pasukan Badan Beruniform = 79
Jumlah Markah Persatuan/Kelab = 68
Jumlah Markah Kelab Sukan dan Permainan = 85
Markah purata ialah = (79 + 85) / 2
= 82
Markah Bonus = 10 (sebagai Ketua Pelajar)
Markah Keseluruhan = 82 + 10
= 92
Gred Keseluruhan = A
Kelab pengawas, kelab perpustakawan, kelab bimbingan rakam sebaya boleh tak ambil markah dalam bidang kelab
LikeLike
sila rujuk sekolah anda
LikeLike