Category Archives: Uncategorized

Sekolah Dibuka Semula 24.6.2020

Sesi persekolahan bakal bermula pada 24 Jun bagi pelajar kelas peperiksaan awam – tingkatan lima dan tingkatan enam.

Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat setelah mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan (KKM)dan Majlis Keselamatan Negara (MKN.

SOP dalam tempoh PKPP ini telah ditetapkan..Antaranya penjarakan sosial, amalan mencuci tangan dengan alat sanitasi dan pengambilan suhu badan yang akan diterapkan dalam “new normal” yang mesti dipatuhi..

Wabak Covid19 sesungguhnya memberi pengalaman baru kepada warga sekolah dan ibu bapa.Semoga semua pihak dapat berganding bahu bagi memastikan COVID19 cepat berlalu dan kehidupan kita kembali normal seperti dahulu.

Covid19: Perintah Kawalan Pergerakan Terhad

Berikut adalah memo daripada Tuan Pengarah JPN Pulau Pinang berkaitan isu Covid19.


“Merujuk kepada pengumuman YAB Perdana Menteri pada 16hb Mac 2020 berkaitan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN:-“


“1.Seluruh JPN dan PPD akan ditutup mulai 18-31 Mac 2020. Semua pegawai dan AKP akan bercuti dlm tempoh tersebut.”


“2.Semua sekolah kerajaan,swasta,antarabangsa,taska,pusat tahfiz juga ditutup dari 18-31Mac 2020.”


“3.Semua PGB,AKP, guru murid akan bercuti dalam tempoh tersebut.”


“Arahan ini tidak termasuk kontraktor keselamatan dan kebersihan di premis masing-masing.’


“Sila akur kepada arahan di atas. “

“Terima kasih atas kerjasama tuan/puan.”


PENGARAH JPNPP.

We Are The Champions

Tahniah! SMKM mengungguli Kejohanan Olahraga Zon Permatang Pauh sebagai johan keseluruhan..

Tuan Pengetua merakamkan ucapan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua wakil sekolah.PK Koko, Encik Mahadir , Cikgu Fadzil dan guru-guru pembimbing yang bertungkus-lumus demi merealisasikan pencapaian ini..Semoga kecemerlangan ini diteruskan di masa hadapan.

Majlis Penyampaian Keputusan SPM 2019

Alhamdulillah..Majlis penyampaian slip keputusan SPM berlangsung dengan jayanya hari ini. Dikhabarkan, waris, ibu bapa dan pelajar hadir seawal pukul 9 pagi..Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mencapai keputusan yang membanggakan..Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga pendidik SMKM yang telah mencurahkan ilmu dan bimbingan tanpa jemu..Kepada calon-calon SPM 2019,hari ini adalah satu permulaan kehidupan baru pasca pendidikan menengah ..Selamat maju jaya..

Program STEAM

Sekitar Program STEAM anjuran IUKL dan ppd tengah pada 27.2.2020. Sekolah kita hanya berjaya penyertaan sahaja untuk menimba ilmu. Terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung bg menjayakan program ini. Pihak JPN, PPD dan IUKL mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas jayanya program ini.