LAPORAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYUKERTAS 2,SPM(KSSM)

TARIKH : 16 SEPTEMBER 2021(RABU)
MASA : 10.00 PAGI- 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : STESEN MASING-MASING
MEDIUM : GOOGLE MEET
SASARAN : SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5(CALON SPM 2021)

OBJEKTIF :

Antara objektif yang ingin dicapai melalui program yang dijalankan ialah:

Memberikan pendedahan dan membiasakan murid dengan format peperiksaan bahasa Melayu, SPM(KSSM)
Mengetahui teknik dan cara yang betul untuk menjawab soalan Bahasa Melayu kertas 2,SPM.
Meningkatkan pemahaman dan memperkasakan keazaman murid untuk kecemerlangan diri.

Laporan:

Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM, seramai 120 orang murid telah menyertainya. Aktiviti yang berlangsung selama dua jam tiga puluh minit ini disampaikan oleh Puan Nor Afizah Muhamed,dari SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor,Perak. Penceramah telah menerangkan setiap bahagian soalan dan teknik yang betul untuk menjawab soalan kertas 2 format baharu. Setiap bahagian soalan dikupas dengan teliti, semua murid memberikan tumpuan dan menunjukkan minat yang tinggi terhadap penerangan yang disampaikan. Murid menunjukkan kesungguhan mereka,melibatkan diri secara aktif dengan aktiviti yang dijalankan oleh peceramah.
Program ini berjaya dilaksanakan berlandaskan kepada objektif yang telah ditetapkan. Oleh itu, diharapkan program ini dapat meningkatkan prestasi murid bagi menghadapi peperiksaan SPM kelak.

Disediakan oleh;

(NIORAZIAH BINTI MD YUSSOF)
KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
SMK MENGKUANG

LAMPIRAN BERGAMBAR

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s