Teknik Menjawab Karangan Kertas 1 SPM

Program : Teknik Menjawab Karangan Kertas 1 SPM
Tarikh : 4 September 2021
Masa : 10.00 pagi
Hari : Sabtu
Anjuran : Panitia Bahasa Melayu
Penceramah Jemputan : Cikgu Mohd Khairul Nizam bin Hamat (SMK Syeikh Abdul Ghani)


Program Teknik Menjawab Kertas 1 SPM merupakan salah satu program yang dirancang dalam takwim sekolah. Oleh kerana pandemik Covid19 masih berterusan, pihak panitia telah mengambil inisiatif merealisasikan program ini secara atas talian.

Justeru itu, pada 4/9/21, Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan program Teknik Menjawab Karangan untuk semua murid Tingkatan Lima. Pihak panitia telah menjemput Cikgu Mohd Khairul Nizam bin Hamat yang lebih popular dengan gelaran Cikgu Abe bagi memberi bimbingan tentang teknik mengarang yang berkesan. Program ini telah disertai oleh semua guru Bahasa Melayu Tingkatan Lima bersama lebih 100 orang murid.

Pihak panitia mensasarkan agar program ini berupaya membantu murid-murid supaya lebih yakin untuk menjawab soalan Kertas 1 dalam peperiksaan SPM nanti.

Ditambah lagi dengan teknik penulisan dan gaya penyampaian yang menarik daripada penceramah diharapkan menjadi inspirasi kepada murid-murid supaya terus meminati subjek ini.

Akhirnya, pihak panitia ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian penceramah yang sudi meluangkan masa mengongsikan ilmu beliau.

Kita juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang hadir.Semoga semua peserta murid yang terlibat mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s