Bantuan Mangsa Kebakaran

Suatu kebakaran telah berlaku di alamat 2306, Mukim 20, Kubang Semang Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada jam 4.30 pagi ,19 Ogos 2021 lalu disebabkan litar pintas.


Pihak sekolah dan PPDSPT telah menghulurkan bantuan kewangan dan makanan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

Mangsa berkenaan ialah keluarga Nurul Fatin Amira Binti Khairul Azman dari kelas 3 Ibnu Khaldun..