Sekolah Dibuka Semula 24.6.2020

Sesi persekolahan bakal bermula pada 24 Jun bagi pelajar kelas peperiksaan awam – tingkatan lima dan tingkatan enam.

Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat setelah mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan (KKM)dan Majlis Keselamatan Negara (MKN.

SOP dalam tempoh PKPP ini telah ditetapkan..Antaranya penjarakan sosial, amalan mencuci tangan dengan alat sanitasi dan pengambilan suhu badan yang akan diterapkan dalam “new normal” yang mesti dipatuhi..

Wabak Covid19 sesungguhnya memberi pengalaman baru kepada warga sekolah dan ibu bapa.Semoga semua pihak dapat berganding bahu bagi memastikan COVID19 cepat berlalu dan kehidupan kita kembali normal seperti dahulu.