We Are The Champions

Tahniah! SMKM mengungguli Kejohanan Olahraga Zon Permatang Pauh sebagai johan keseluruhan..

Tuan Pengetua merakamkan ucapan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua wakil sekolah.PK Koko, Encik Mahadir , Cikgu Fadzil dan guru-guru pembimbing yang bertungkus-lumus demi merealisasikan pencapaian ini..Semoga kecemerlangan ini diteruskan di masa hadapan.

Majlis Penyampaian Keputusan SPM 2019

Alhamdulillah..Majlis penyampaian slip keputusan SPM berlangsung dengan jayanya hari ini. Dikhabarkan, waris, ibu bapa dan pelajar hadir seawal pukul 9 pagi..Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya mencapai keputusan yang membanggakan..Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga pendidik SMKM yang telah mencurahkan ilmu dan bimbingan tanpa jemu..Kepada calon-calon SPM 2019,hari ini adalah satu permulaan kehidupan baru pasca pendidikan menengah ..Selamat maju jaya..