Tahniah En Zaiham Masri sebagai Pk Pend. khas

Pihak sekolah merakamkan tahniah dan syabas atas perlantikan sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas di SMK Datuk Hassan Nuh, Penaga, Kepala Batas. Terima Kasih atas budi dan jasa sepajang perkhidmatan di sekolah ini. Selamat maju jaya.

Jasamu Dikenang Tuan Pengetua Wan Aziz Bin Megat Zainun

Selamat Bersara dari warga SMK Mengkuang

Biodata diri Tuan Pengetua

Beliau melanjutkan pelajaran di Matrikulasi USM (1977- 1979). Kemudian meneruskan pengajian  dalam bidang ijazah sarjana muda pendidikan dengan kepujian di USM Pulau Pinang (1980- 1984). Beliau kemudian menyambungkan pelajaran di peringkat sarjana di UUM dalam bidang Sarjana Pengurusan (2002 – 2003)

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan buah hatinya  Hasnah binti Darus  pada 7 Disember 1985 dan telah dikurniakan 5 cahaya mata iaitu 4 lelaki dan 1 perempuan .

Beliau pernah bertugas sebagai pendidik di beberapa buah sekolah. Antaranya :-

  1.  Kolej Tun Datu Tuanku Hj. Bujang, Miri Sarawak. (1984-1989)
  2. Kolej Vokasional Nibong Tebal (1990-2004)
  3. Kolej Vokasional klang Selangor (2005 – 2007)
  4. Kolej Vokasional Balik Pulau (2008 – 2010)
  5. Bahagian Teknik dan Vokasional KPM (2011-2012)
  6. SMK Seri Balik Pulau(2013 – 2014)
  7. SMK Mengkuang (2014 hingga sekarang)

Mula bertugas di SMK Mengkuang pada 22 sept 2014 sehingga hari ini.
Benar kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, tapi takkan sama dengan yang pergi. Sama-samalah kita berdoa semoga beliau terus berbahagia dalam menjalani kehidupan baru selepas ini iaitu alam persaraan beliau.

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah dipohon cemara,

Akhir kalam penyudah kata,

Moga bahagia  di alam pesara.

InsyaAllah.