Kejohanan Sukan Tahunan 2017

Tuan/Puan, kejohanan sukan tahunan seperti berikut:

Tarikh:4 Mac 2017 (Sabtu)

Masa:8.00 Pagi

Tempat: Padang

Tuan/Puan dijemput untuk memeriahkan kejoahan tersebut.

Terima Kasih

Advertisements

Larian Mengkuang 2017

Larian Mengkuang adalah program tahunan yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang setiap tahun. Program dianjurkan untuk mencungkil bakat murid di dalam cabang kokurikulum ke arah pemantapan semangat kesukanan murid, selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI).  Sekolah ini juga bertangungjawab memegang amanah bagi melahirkan murid yang mampu menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara. Pihak sekolah berharap aktiviti ini dapat mengalakkan murid dalam penglibatan mereka dalam bidang sukan.

OBJEKTIF

  1. Menggalakkan interaksi yang luas dalam kalangan murid-murid dan memberi peluang kepada semua murid mengambil bahagian dalam bidang sukan dengan secara langsung di peringkat sekolah.
  2. Dapat mengeratkan kerjasama dan perhubungan antara murid, guru, kakitangan, pekerja sekolah dan  pekerja swasta..
  • Melatih dan menggalakkan murid-murid menceburi dalam bidang sukan secara teratur  serta mencungkil bakat-bakat murid.
  1. Memilih peserta-peserta untuk pemilihan pasukan sekolah ke Kejohanan Sukan Tahunan SMKM dan Kejohanan Olahraga MSSPP.
  2. Melahirkan murid-murid yang cerdas minda dan cergas penampilan.

Kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalambilik darjah yang memberikan  murid peluang untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah, di samping melatih

murid-murid mengisi masa lapang dengan berkesan serta dapat membina sahsiah, kesihatan dan kesejahteraan diri.

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh                          : 3 Februari 2017

Hari                             : Jumaat

Tempat Program        : Padang SMK Mengkuang

Waktu Bermula           : 7.30 pagi

Waktu Berakhir           : 12.00 tgh

Keseluruhannya Larian Mengkuang telah berjalan dengan lancar dan tiada masalah sepanjang berlangsungnya acara ini. Diharapkan agar Larian Mengkuang ini akan bertambah baik dalam penganjuran pada masa yang akan datang.